15 February 2026

PERNAH TIDUR DI KAKI LIMA, TEGUK AIR PAIP SAMPAI KENYANG - HARUN HASHIM KONGSI KISAH HIDUP PENUH LIKU SEBELUM JADI PELAKON



"Selepas tiga hari tidur di kerusi batu dengan perut beralas empulur nanas sisa buangan peniaga yang dikutip dalam tong sampah, saya minta kerja di restoran mamak. Dapatlah makan percuma dan lelapkan mata di bawah meja makan selepas kedai ditutup.

"Lama juga saya cuci pinggan sebelum panjangkan langkah ke Kuala Lumpur selepas diajak seorang tukang jahit kerja dengannya di Puchong. Saya belajar sembat kain. Bos saya juga buat baju untuk penari kebudayaan. Jadi dapatlah saya jumpa ramai anak seni hebat, ada (arwah) Datuk Hail Amir dan ramai lagi."

Demikian kongsi pelakon veteran Harun Hashim, 70, ketika mengimbau detik awal memulakan karier lakonan sekitar tahun 1976, dimana dia pernah berg£lut dengan kekurangan wang, malah juga pernah dihalau dari rumah oleh bapa kandung sendiri hanya kerana mahu bergelar pelakon.

Klik untuk gambar besar

Di sebalik wajah tenang, tersimpan kisah p£rit Harun yang pernah hidup kelaparan dan menumpang tidur di jalanan demi mengejar impian menjadi anak seni.

Kata Harun, dengan berbekalkan wang RM18 pemberian ibunya, dia nekad tidak berpatah balik walaupun terpaksa menumpang tidur di kaki lima sekitar Stesen Bas Klang selama tiga hari.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, perjalanannya mengejar cita-cita sebagai pelakon tidak mudah serta perlu melalui pelbagai ujian, meskipun mengenali ramai insan hebat.

"Peluang (berkenalan dengan ramai pelakon) itu saya gunakan untuk sertai latihan asas berlakon. Guru saya Datuk Ahmad Tarmimi Serigar. Tegas. Dari situ saya aktif teater tetapi masih tak berduit sebab kena bayar yuran.
"Kalau lapar sangat saya teguk air paip sampai kenyang," tuturnya yang turut berkata, segala pengalaman yang dilalui mematangkan dirinya sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia lakonan.

Selepas pelbagai dugaan hidup dilaluinya, rezeki Harun akhirnya terbuka apabila penerbit Radio Televisyen Malaysia (RTM), Abdullah Zainol menonton latihannya sebelum menawarkan watak dalam drama 'Damak' yang turut dibintangi Ahmad Yatim.
"Dari situlah saya meraih satu persatu tawaran sehingga wajah kerap masuk surat khabar. Selepas itu saya mula balik kampung, tapi walaupun bapa langsung tidak puji, saya tahu dia bangga kerana di kedai kopi dia cerita pasal drama saya.

"Itu sudah cukup mengharukan," ujar Harun yang tetap aktif berlakon dan mencari rezeki, meskipun sudah mencecah usia 70 tahun dan menghidap pelbagai peny@kit.
"Saya masih larat berlakon, terbaharu saya membintangi drama lapan episod arahan Pali Yahya berjudul 'Luk@ dalam Rindu' dan bakal berlakon lagi dengan pengarah sama untuk projek akan datang.

"Kiranya boleh sahaja saya ke set. Bagusnya produksi ambil dan hantar saya sepanjang tiga minggu penggambaran berlangsung. Mata saya sebelah dah tak nampak, jadi lama tak memandu," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: