Pelakon Keith Foo, 43, mengakui dia lebih selesa untuk tidak berkongsi dengan membuat pengumuman rasmi kepada umum berhubung dakwaan kononnya dirinya sudah memeluk agama Islam.
Bapa kepada seorang cahaya mata yang memilih untuk tidak mengesahkan dakwaan tersebut, menganggap perkara tersebut sebagai urusan peribadi.
"Biar itu jadi satu tanda tanya pada orang (mengenai agama saya). Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku pada hujung tahun ini. Saya rasa benda macam ini tak perlu diumumkan sebab ia dari hati kita sendiri. Jadi biarlah ia diketahui secara semula jadi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Keith berkata, sepanjang mendekati agama, dia merasai ketenangan, selain banyak dibantu oleh kekasihnya yang juga pelakon, Riena Diana.
"Kadang-kadang ada yang kurang daripada saya, Riena akan tunjuk ajar. Dia akan beritahu. Kita pun membesar dengan agama masing-masing, jadi saya pun banyak benda tak tahu.
"Terima kasih pada Riena yang banyak mengajar. Lagipun dalam keluarga saya sendiri pun dah ada tiga orang yang mualaf. Jadi ia adalah perkara biasa dalam keluarga saya.
"Islam ini beri saya rasa ketenangannya. Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita selalu sebut Alhamdulillah. Ia memberi ketenangan dan tidak memaksa," katanya.
Sementara itu, Keith turut berkongsi mengenai hubungannya bersama Riena, dimana ketika ini mereka dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain.
"Buat masa sekarang, apa yang kami lakukan adalah saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain, terutamanya dari segi kerjaya.
"Sekarang dah nak puasa, jadi kita akan sokong satu sama lain. Ramai orang kat luar sana suka bagi komen neg@tif (terhadap kami, biar mereka komen dulu)," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment