Nampaknya nama Que Haidar, 47, dan Nur Fazura, 43, hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka pula menjadi 'sas@ran' netizen untuk 'dikenenkan' sebagai pasangan kekasih selepas beberapa selebriti lain terbabit sama.
Hubungan kedua-dua pelakon itu dilihat semakin akrab sehingga menc£tuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas bekerjasama sebagai duta sebuah jenama pakaian dan terlibat dalam penghasilan kandungan bersama.
Selain itu, Que dan Fazura juga beberapa kali muncul dalam sesi siaran langsung di TikT0k sejak kebelakangan ini hingga membuatkan ramai pihak cuba 'kenenkan' dua selebriti itu.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Thr£ads turut mengundang pelbagai reaksi, dimana ada yang teruja melihat keserasian mereka, namun tidak kurang juga ada yang menganggap ia sekadar gimik prom0si.
Namun begitu, kedua-dua selebriti ini dilihat profesional dan selesa bekerjasama, malah mereka sering tampil dengan kapsyen serta respons bersahaja yang menghiburkan peminat.
Apapun, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Que mahupun Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, berhubung percubaan netizen untuk menyatukan mereka.
Untuk makluman, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009, namun disahkan bercerai pada 2 Julai 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleoptra Haidar, 15.
Sementara Fazura pula, dia pernah bernikah dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun, sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment