"Hasrat nak buat pemb£dahan muka itu sebenarnya saya tak buat apa-apa pun. Saya takutlah. Tak tahu akan jadi apa muka saya nanti. Cuma, saya pergi ke Korea Selatan itu untuk dapatkan rawatan kulit wajah sahaja.
"Lagi pula, saya hanya ke sana (Korea Selatan) setahun sekali untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit khas saya bagi rawatan seperti skin boosting dan kolagen. Itu sahaja, tak buat pemb£dahan muka apa-apa pun.
"Cuma kadang-kadang saya suka buat hantaran di media sosial untuk tengok reaksi orang, macam 'trigg£r' sedikit. Jadi, bila saya pernah cakap nak buat pemb£dahan muka, bermacam-macam reaksi netizen saya terima.
Klik untuk gambar besar
Itulah jelas pelakon Liyana Jasmay, 38, dimana akuinya, dia tidak melakukan apa-apa pemb£dahan pada wajahnya di Korea Selatan, sebagaimana untuk memenuhi hasrat yang pernah dikongsikan pada hantaran dimuatnaik di media sosial sebelum ini.
"Saya perlu ke Korea Selatan untuk menjalani rawatan kulit sahaja. Ini kerana, kaedah digunakan doktor pakar kulit di sana, tidak disediakan oleh klinik di Malaysia. Ditambah, saya juga sudah lakukan penyelidikan terperinci mengenai kaedah berkenaan.
"Selain itu, saya betul-betul memilih klinik pakar kulit yang selamat dan sesuai. Kebetulan ia terletak di kawasan Gangnam dengan harga agak tinggi juga kerana bertaraf premium serta lokasi di tempat elit.
"Apapun, saya memang tak berani melakukan rawatan kulit di klinik sembarangan. Jadi, saya sanggup buat kajian berbulan-bulan untuk cari doktor pakar yang sesuai kerana nak buat rawatan kulit muka perlu berhati-hati.
"Kos rawatan sekitar RM1,600 dan saya buat setahun sekali. Rawatan lain masih boleh dibuat di Kuala Lumpur. Saya sudah dua kali pergi ke sana," katanya yang tidak bercadang langsung atau terfikir untuk melakukan pemb£dahan pada wajahnya kerana bimbang dengan kesan akan dialami nanti.
Terdahulu, Liyana menerusi media sosial telah berkongsi hasratnya dimana dia bersedia untuk tampil dengan transformasi baharu pada wajah untuk 2026, dimana dia mahu mancung hidung, buang garisan di leher serta melakukan pemb£dahan pada bahagian rahang agar raut wajahnya kelihatan lebih cantik dan menawan.
Hantaran Liyana itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi termasuk ada netizen yang melontarkan pandangan bahawa pelakon itu tidak perlu melakukan apa-apa pemb£dahan serta memintanya tidak membuat keputusan terburu-buru kerana wajah masih cantik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment