14 February 2026

PABLO AMIRUL KONGSI KENANGAN BERSAMA ARWAH ALONG EYZENDY



Pelakon Pablo Amirul baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di media sosial, dimana dia berkongsi kisah serta beberapa gambar kenangan bersama arwah sahabatnya, pelakon Along Eyzendy yang meninggal dunia pada 8 Februari lalu.

"Dengan penuh kekuatan dan keredhaan serta doa buatmu sahabat, baru aku ada keberanian menulis.

"Assalamualaikum.. Pabb.. oh.. Pabb.. perpabpabba.." atau "mana PAB? rumah? Kau ada apa? Ah cantik aku datang singgah.. dah makan? Nak apa2?" Or the best "kau ok tak? Aku risau ko sorang2.. apa pun jadi kat kau, Allah susun dah pab.. aku tahu kau siapa dan ingat peranan kau Allah jadikan bintang!"...

"Dan ayat terakhir kau pada aku" Aku tak ada adik beradik jantan PAB, kaulah satu satunya adik aku.. family aku.. kalau aku sihat aku nak tengok ko kahwin.. semua nak tengok.. anak2 paling happy..

Klik untuk gambar besar

"Dah kahwin jangan kita putus saudara.. biar kita by ajal yang ALLAH tetapkan.. aku takut PAB ape2 jadi kat aku.. kau jangan tinggal aku.. teman kalau kau ada masa.. ok.. aku sayang kau PAB!"..

"February 2014 kita pertama kali jumpa dan bekerjasama dalam filem KASUT KU KUSUT sampai jadi sejarah persaudaraan kita.

"Sampaikan waktu zaman job tengah takde and kawan2 takde job, kau nampak bakat aku tulis skrip dan kita buat sampai jadi telemovie KEM CUCI TANGAN dan seterusnya kau guide aku bukan sahaja dalam lakonan, core as an actor, knowledge dalam industri and connection people yang aku star struck!..
"Berapa banyak filem dan digital project kita buat bersama dengan rakan2 lain satu penghormatan buat aku..

"11 tahun kita kenal, kau guru, brother, friend and partner in crim£.. apa jer yang jadi pada aku, kau tak pernah setapak blah, bila aku sesat kau antara orang yang tak give up bantu aku, bila aku nak give up dalam kerjaya kau antara yang bagi aku semangat balik!

"Apa orang cakap pada aku, kau tetap yakin aku akan jadi bintang lagenda, kau tanam aku dengan ACTOR GUILD yang satu hari kita boleh bikin dengan kawan2 dulu, then we change the industry dengan kawan2 yang akan berjuang.. make a big name and respect! Kau nak aku Unite.. jambatan penyatuan..
"Aku tak sangka lepas aku nikah sambung kerja dan hari aku wraps.. bini kau call aku lepas 16 jam aku kerja kat Melaka, terus balik KL jaga kau!

"Bini aku dah ajar aku macam mana nak jangkakan hayat kau? Tak best! Sebab aku dah cuba slowkan time.. aku antara yang mandikan kau, kafankan kau hinggalah ke destinasi last kau..," tulis Pablo dalam perkongsian itu.

Al-Fatihah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: