20 November 2022

ABANG SELAMAT DIKEBUMIKAN - ZAMANI UCAP TERIMA KASIH



"Assalamualaikum wbt. Seperti yang telah dimaklumkan terdahulu Abang saya Zulfazil Ibrahim telah meninggal dunia pada 18.11.2022 jam 10.20 malam. Dengan berkat doa semua urusan pengkebumian arwah telah selamat dilaksanakan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang.


"Saya mewakili keluarga arwah abang saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan urusan rawatan dan pengkebumian. Kepada pihak Hospital Sungai Buluh, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai tak lupa juga pada semua kenalan dan peminat yang mendoakan arwah dan kemudahan untuk kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati anda semua.

"Jika ada urusan arwah abang saya yang masih tertangguh dengan mana-mana pihak, saya dengan rendah hati meminta anda untuk maklumkan kepada saya atau Aqmal (anak sulung arwah). Mohon maafkan segala salah silap semasa hidupnya dan halalkan pemberian padanya zahir dan batin.

Klik untuk gambar besar



"Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan doa untuk arwah Zulfazil Ibrahim dan juga buat semua yang terdahulu meninggalkan kita. Terima kasih," demikianlah kata penyanyi Zamani Ibrahim yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam urusan rawatan dan pengebumian jenazah abangnya, Allahyarham Zulfazil Ibrahim yang meninggal dunia malam kelmarin.

Menerusi hantaran itu, Zamani turut berkongsi mengenai majlis pengebumian yang disempurnakan pagi semalam. Dalam hantaran sama, Zamani turut meminta andai sesiapa yang punya urusan tertangguh dengan arwah abangnya, boleh menghubunginya atau waris arwah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: