30 November 2022

AFIQ MUIZ BUAT LAPORAN POLIS, ISTERI DAKWANYA KAKI PUKUL - AISHAH AZMAN BERSUARA: SIAPA PUKUL SIAPA?



"Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat, tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan," tulis pelakon Afiq Muiz yang enggan berdiam diri apabila tampil membuat laporan polis selepas isterinya iaitu Pachara Apin menuduhnya sebagai seorang kaki pukul.


Bagi membersihkan nama baiknya yang telah tercemar, Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz, 30, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia akan membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Sebelum ini, Pachara telah memuat naik kenyataan di laman Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.

Kenyataan itu telah mendapat perhatian adik kepada Afiq iaitu pelakon Aishah Azman yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan kakak iparnya itu kerana membuat kenyataan tidak benar di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 26, juga meminta agar kakak iparnya yang juga seorang pelakon itu tidak terus memanipulasi kenyataannya serta menyebarkan fintah kerana dia mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.

Menerusi perkongsian sama, Aishah turut mendedahkan sikap Pachara yang didakwa menderhaka kepada Afiq, biarpun mereka masih lagi sah sebagai suami isteri.

"Siapa pukul siapa? Awak atau abang saya. Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang mangsa.



"Jangan dengar sebelah pihak, sata tahu apa awak buat. Duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebar fitnah.

"Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Jangan macam itu, saya tahu A-Z apa awak buat dengan abang saya. Allah maha besar," katanya menerusi Instastory.

Tiada niat membuka aib, Aishah menjelaskan, tindakan wanita berkenaan telah memalukan serta memberi kesan kepada nama baik keluarganya. Justeru itu, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah atas fitnah yang disebarkan itu.

"Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya. Dalam masa yang sama kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit.

"Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya. Jika ada lagi kata-kata yang berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan pada awak dan kuncu-kuncu. Jangan lupa negara kita ada undang-undang," ujarnya.

Menerusi tinjauan, akaun TikTok milik Pachara difahamkan telah diubah kepada mod privasi selepas Aishah tampil mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu.

Untuk mkluman, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama 'Air Mata Syurga' setahun sebelum itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: