10 November 2022

BERSALIN 'CZER' EMPAT KALI - ADIRA TERPAKSA 'IKAT PERANAKAN': "IKUTKAN HUKUM HARAM..."



Atas saranan serta nasihat doktor, penyanyi Adira Suhaimi yang sudah empat kali melahirkan anak secara pembedahan itu mengambil keputusan untuk 'mengikat peranakan' iaitu kaedah menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma.


Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 31, mengambil pendekatan untuk menggunakan kaedah alternatif itu demi kesihatan dirinya.

"Jika diikutkan hukum kaedah itu adalah haram, namun pendekatan yang diambil atas nasihat doktor sendiri. Sekiranya saya hamil lagi, boleh memudaratkan kesihatan.

"Ini kerana saya sudah empat kali melahirkan anak dengan kaedah pembedahan, jadi berisiko untuk pada masa akan datang. Jadi saya mengambil pendekatan untuk mengikut saranan doktor.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah… Saya sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki yang melengkapi rumah tangga saya. Jadi saya bersyukur dengan rezeki dan kurniaan Nya," jelas Adira.

Terdahulu, pelantun lagu 'Ombak Rindu' itu pernah meluahkan hasrat untuk 'menutup kilang' selepas kelahiran cahaya mata keempatnya.

Selain itu, kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun hubungan pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.



Hasil perkongsian hidup, Adira dan Datuk Red dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub yang dilahirkan 29 September lalu.

"Apa yang penting ketika ini adalah anak-anak dan saya memilih untuk menepikan segala perkara negatif lain. Pengalaman dan cabaran hidup memang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa.

"Saya juga lebih matang dalam segala aspek terutama tindakan dan sebagainya. Buang segala yang negatif, fokus saya hanyalah untuk perkara yang positif," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: