10 November 2022

DIBENAR PULANG KE RUMAH - BADAN ZAMANI DILIHAT TEGAK SELEPAS DIBEDAH



"Assalamualaikum semua... (Perkembangan terkini) Alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital ptg ni. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Doctor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.


"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil @aznilnawawihm , semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat," demikianlah tulis isteri kepada penyanyi Zamani Slam, Nur Juliana Abd Rani menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, dimana dia memaklumkan keadaan terkini suaminya selepas pembedahan.

Selepas tiga hari menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu, isteri memaklumkan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, kini dibenarkan keluar hospital petang tadi.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran itu, Juliana, 39, turut berkongsikan video perkembangan terbaru suaminya dimana kesihatannya bertambah baik apabila dilihat berjalan dalam keadaan tegak di hospital.

Sebelum ini, Juliana memaklumkan, Zamani dalam keadaan baik selepas 48 jam menjalani pembedahan dan sedang berada dalam pemantauan pihak hospital. Juliana berkata, Zamani dinasihatkan doktor supaya berehat lebih lama dalam lingkungan tiga hingga empat bulan bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dengan cepat.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: