30 November 2022

DIJANGKITI C0V1D & INFLUENZA SERENTAK - AWIE DALAM PROSES PULIH



Dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan umrah baru-baru ini, vokalis Wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54, telah disahkan dijangkiti C0V1D dan Influenza.


Mengakui ini kali kedua dijangkiti C0V1D, namun disebabkan dia dijangkiti Influenza pada masa yang sama mengakibatkan demam hingga menggigil satu badan selain masalah tekak.

Awie meluahkan kebimbangan tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert yang dijadualkan lusa berikutan baru sembuh daripada kedua-dua virus itu.

"Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin baik selepas mendapatkan rawatan dan saya kini sudah sihat. Namun, saya masih dalam proses pemulihan. 

"Cuma, saya bimbang menghadapi dua persembahan besar yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Saya risau keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya menganggu prestasi. 

Klik untuk gambar besar



"Bagaimana pun, persembahan ini perlu diteruskan memandangkan sebelum ke Tanah Suci lagi saya sudah bersedia fizikal dan mental untuk sebarang kemungkinan," ujarnya. 

Berkongsi mengenai dua konsert besar itu, Awie berkata, dia teruja menunggu peluang berkongsi pentas dengan tiga lagi rakan seangkatan iaitu Ella, Mus May dan gitaris otai, Man Kidal.

"Konsert pada Jumaat ini nanti bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya (IB) menjadi manifestasi kepada keunggulan dan sumbangan besar genre rock dalam 'katalog' muzik tempatan.

"Saya juga sudah bersedia bersama Wings di PJ International Folklore Festival pada Sabtu ini. Saya tahu peminat tertunggu-tunggu kemunculan Wings yang diadakan secara percuma itu" katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: