07 November 2022

KEDUDUKAN TERCOROT GV9 - DINA ANGGAP ADIL, C0V1D BUKAN ALASAN & TERIMA TEGURAN TOK RAM



"Sejujurnya saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan pada malam tadi. Selepas memberikan yang terbaik, saya juga terbuka dengan sebarang komen dan kritikan yang diberikan.


"Sebab saya okay, dah bersedia memang adat bertanding. Kalau orang buat persembahan dan pemarkahan rendah, kita memang kena keluar. Jadi, saya memang akur.

"Tak (terasa hati), bila Tok Ram (Datuk Ramli MS) cakap atau komen kita kena terima la sebab dia sebagai seorang guru. Jadi, apa-apa pun yang dia cakap kita kena terima.

"Sebab kalau kita tak terima, bila kita nak belajar. Saya memang tak pernah terasa hati dengan komen Tok Ram," itulah kata penyanyi Dina Nadzir yang menerima dengan hati yang terbuka kritikan pedas daripada ketua juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Datuk Ramli MS yang sudah dianggap sebagai guru.

Kata Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 37, dia menerima semua komen yang diberikan Ramli malah menganggap ia perkara biasa ketika bersaing dalam sesebuah pertandingan.

Klik untuk gambar besar



Jelas Dina, selepas mendapat komen tersebut, dia sudah bersedia dengan sebarang keputusan termasuk menjadi peserta disingkirkan. Kata Dina, dia akur sekiranya tersingkir dan menganggap ia adil memandangkan persembahannya tidak memuaskan.

"Selepas dapat komen daripada Tok Ram (Ramli MS), saya dah bersedia nak balik. Ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi pun saya tenang dan bersedia. Bagai saya adat pertandingan apabila mendapat markah rendah akan terkeluar, saya akur dengan perkara tersebut," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai persembahan yang kurang menyengat kali ini, Dina memberitahu ia berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk fikiranya terlalu berfikir tentang pelbagai perkara.

Meskipun ini bukan kali pertama dia berada di pentas membuat persembahan, tekanan dan keadaan sekeliling semenangnya memberi pengaruh kepada kualiti vokal.


"Mungkin kerana saya ada perasaan gementar ketika berada di atas pentas, lebih-lebih lagi siaran langsung... banyak benda boleh jadi apabila menyanyi secara live. Sewaktu latihan kita hanya fikir persembahan tapi apabila hari kejadian, kita kena fikir penonton, kamera dan banyak perkara lain.

"Itu belum lagi dengan juri dekat depan malah giliran persembahan juga boleh mainkan peranan. Banyak perkara yang perlu difikirkan pada waktu yang sama. Boleh jadi waktu itu tekak pun akan kering," tuturnya.

Sementara itu, Dina berkata, dia tidak mahu menggunakan alasan pernah dijangkiti C0V1D sebagai punca nyanyiannya terjejas meskipun perkara itu dijelaskan oleh Datuk Syafinaz Selamat dalam komennya.

"Memang saya pernah beritahu saya dijangkiti C0V1D, tapi saya tidak mahu jadikan perkara tersebut sebagai alasan," katanya.

Malam tadi, Dina menyampaikan lagu 'Hijau' nyanyian asal penyanyi Datuk Zainal Abidin dan menerima markah 60.60 peratus. Namun nasib menyebelahi Dina apabila tiada penyingkiran pada minggu kelapan biarpun Ramli MS memberi komen mengatakan dia memberi markah rendah untuk persembahan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: