14 November 2022

LUFYA KATA ISU NAFKAH BOLEH DISELESAIKAN DARI AWAL TANPA CAMPUR TANGAN ORANG LAIN



"Kalau boleh selesai dari awal, buat apa saya kena naik turun mahkamah tuntut nafkah anak? Bapa itu yang perlu bincang dengan saya tanpa campur tangan yang lain.


"Kes dah bertahun dalam mahkamah. Tak apa, Insya-Allah, masa akan bongkarkan kebenaran," tulis penyanyi Lufya Omar yang menegaskan isu berkaitan nafkah anaknya boleh diselesaikan dari awal sekiranya bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berbincang dengannya tanpa campur tangan orang lain.

Menurut Lufya lagi, hanya masa akan membongkarkan segala kebenaran. Lufya menulis kenyataan itu dalam ruangan komen bagi menjawab pertanyaan pengguna laman sosial di Instagram yang memintanya agar tidak berdendam dan berbaik dengan semua orang.

Terdahulu, Lufya memuat naik gambarnya bersama anak, Laana Haura dan menulis mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal yang penuh pancaroba.

Klik untuk gambar besar



"Ibu tunggal memiliki tulang belakang yang diperbuat dari besi dan hati diperbuat dari emas. Haura, anak kesayanganku. Kamu buatkan ibu kuat. Kamu buatkan ibu menjadi Wonder Women! Masya-Allah.

"Terima kasih sayangku. Sekarang, ibu faham kenapa Allah uji ibu dengan ujian yang berat. Alhamdulillah," katanya.

Dalam hantaran sama, Lufya juga menulis mengenai hikmah di sebalik kejadian: "Allah takkan tinggalkan kamu dengan tangan kosong. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih besar dan lebih baik," tuturnya.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai laporan polis yang dibuat pelakon Julia Farhana Marin berhubung dakwaan berkaitan fitnah yang ditabur terhadapnya dan turut membabitkan Hafiz yang juga bakal suaminya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: