"Aiseh, jangan main putar apa yang keluar dari mulut aku ni mat. Satgi hang yang makan penendang aku," tulis pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi satu hantaran di Twitter miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz meluahkan rasa berang dan rasa tidak puas hati dengan tindakan satu portal hiburan yang didakwa telah memutarbelit kenyataan berkaitan isu seorang pendakwah 'viral' yang menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka.
Ini berikutan portal media itu mendakwa Sharnaaz ingin menampar ustazah viral itu kerana kenyataan pendakwah itu yang menganggap perbuatan memberi salam sesama artis dapat merosakkan roh.
Terdahulu, Sharnaaz pernah mengkritik kenyataan ustazah tersebut di Instagram dan berkata bahawa dia lebih memilih untuk bersabar daripada memberikan sebarang kata-kata kesat kepada wanita berkenaan.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment