14 November 2022

TUNAI UMRAH - RAMAI MUSYKIL, TERTANYA KENAPA IBU ALIFF SYUKRI PERGI TANPA SUAMI?



Menerusi perkongsian di laman Instagram, ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan Bonda Rozita telah memuat naik gambarnya di lapangan terbang dan mengumumkan dia akan mengerjakan umrah.


Dalam status tersebut, Bonda Rozita turut memberitahu, dia berangkat ke Tanah Suci Mekah ditemani oleh sahabat seperjuangan dan kakitangan yang sentiasa bersamanya sejak 2000.

"Membawa hati yang kosong, untuk Allah dan kepada Allah, bertemankan sahabat seperjuangan, staf-staf yang bersama Bonda susah senang lalui suka duka saya sepanjang 2000 sampai tahun ni.

Klik untuk gambar besar



"Musafir umrah, Ain sangat tinggi. Doakan anak-anak saya lelaki dan perempuan menjadi hamba Allah yang taat pada Allah dan Rasul, baik adab dan agamanya," tulis Bonda Rozita.

Meninjau ke ruangan komen, ramai antara pengikut mendoakan keberangkatan Bonda Rozita ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur ketika berada di sana.

Namun, tidak kurang ada yang musykil dengan ketiadaan suami Bonda Rozita menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di Instagram.



"Mohon maaf terlebih dahulu... bukan nak kepoh... Apasal Bonda cakap bawak hati yang kosong? Pastu gi mana-mana sorang-sorang jer. Abang Haji nya mana? Lama tak nampak."

"Mana suami? Tak ikut ke lama dah tak nampak." - "Ayat Bonda membawa hati yang kosong mengundang ramai bertanya di mana daddy," itulah antara komen-komen pengguna laman sosial.

Begitupun, masih tiada sebarang respons daripada Bonda Rozita yang sebelum ini menjadi bualan apabila dia tampil semakin kurus menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: