14 November 2022

SYAFINAZ: "INILAH SAYA, SAYA TAK MAHU HIDUP DIKONGKONG... KALAU TIDAK GEMBIRA, SWIPE"



"Dari dahulu, sampai sekarang inilah saya. Saya tak mahu hidup dikongkong. Saya akan meniti usia 50 tahun, tahun hadapan. Saya hidup dengan baik, gembira tanpa orang lain beritahu apa yang perlu saya lakukan.


"Kalau awak suka dan gembira dengan terima saya, ikutlah. Kalau tidak gembira, 'swipe'," ujar juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat, 49, yang tampil menjawab mengenai penampilannya pada malam tadi yang didakwa segelintir pengguna laman sosial sebagai tidak sesuai.

Kata Syafinaz, sejak dahulu hingga kini, dia senang dengan apa adanya dan turut berpendapat, tidak perlu memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja yang berlaku di dunia ini.

Klik untuk gambar besar



"Pilihan sendiri. Kalau kita nak suka, kita ikut atau kita tengok. Nak (beri) komen, kalau perlu. Kalau rasa tak nak komen jangan komen. Kenapa nak susahkan hati dan minda you.

"Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini. Hanya jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya," tuturnya.

Mengulas soal penampilannya setiap konsert mingguan di GV9, Syafinaz akui selesa dibantu 'glam team' yang dia percayai dan selesa bekerjasama.



"Mereka ni tahu saya macam mana. Malah lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu," katanya.

Terdahulu, dalam saingan suku akhir di GV9, malam Ahad, Syafinaz yang berada di posisi juri mengenakan persalinan yang menggunakan kain daripada material net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Penampilannya itu menerima teguran daripada pengguna laman sosial yang meluahkan rasa kurang senang. Kata mereka, pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: