15 November 2022

ZIARAH PUSARA ARWAH SYAZLIN ZAINAL - TEMAN LELAKI TITIP UCAPAN HARI LAHIR



"Ya Allah cantiknya kekasihku hari ni (semalam). Selamat hari jadi sayangku," itulah tulis teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo yang menziarahi pusara kekasihnya sempena ulang tahunnya yang ke-26 di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, semalam.


Pablo yang juga anggota kumpulan rapper ForceParkBois menitipkan ucapan hari lahir buat arwah Syazlin menerusi perkongsian di Insta Story miliknya.

Dalam perkongsian itu, teman lelaki arwah Syazlin dilihat memakai baju kemeja yang sama sewaktu bergambar bersama Allaharham.

Kelihatan rakan-rakan terdekat turut menziarahi pusara Syazlin sambil menenangkan Pablo yang masih bersedih diatas pemergian pelakon wanita itu.

Terdahulu, Allahyarham Syazlin dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: