22 December 2022

"KALAU BETUL SAKIT, KENAPA TIDAK KE HOSPITAL..." - AMENG SIFATKAN PERMINTAAN YASIN KAJI SEMULA AKTA DADAH TIDAK WAJAR



"Ganja itu dalam kategori dadah. Kalau nak cakap membantu dari segi perubatan banyak alternatif lain untuk tujuan itu. Kenapa nak kena gunakan ganja? Ganja itu menghayalkan dan bukannya ubat. Saya tahulah, sebab saya pernah terbabit dengan ganja.


"Ganja itu bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Kalau nak berubat pergi jumpa pakar dan ambil ubat terkawal. Baru betul untuk perubatan. Kalau betul sakit, kenapa tidak ke hospital dapatkan rawatan? Kenapa perlu ke arah benda tu (ganja),” katanya.

"Kalau dia (Yasin) kata nak minta kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada, nak cakap apa kepada keluarga pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman sebelum ini? Dalam penjara tu ada beratus yang ditahan atas kesalahan sama dan sedang menanti hukuman. Apa perasaan mereka dan keluarga mereka?

"Macam saya yang sudah kena penjara dan 10 kali sebatan, apa perasaan saya? Buat yang kena gantung dan penjara seumur hidup, apa cerita?" ujar penyanyi kumpulan Spring, Ameng yang beranggapan 'permintaan' penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar.

Klik untuk gambar besar



Ameng yang pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada 2011 itu berkata, ganja yang tergolong dalam kategori dadah adalah mengkhayalkan dan bukannya ubat.

Dek kerana itu, Ameng atau nama sebenaranya Wan Aminuddin Wan Ismail, 54, berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk terutama kes berkaitan dadah.

Ameng kurang bersetuju undang-undang tersebut dikaji semula kerana berpendapat jika hukuman dilonggarkan ia hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih dadah.

"Kalau kata nak longgarkan undang-undang, habis jenayah macam mana? Adakah makin kurang atau bertambah? Sedangkan hukuman sedia ada pun orang tak takut. Malah, ada yang pernah dihukum dan kena sebat tak serik lagi. Masih buat jenayah sama dengan keluar masuk penjara.

"Saya tidak bersetuju jika nak bubar dan kaji semula undang-undang ini. Saya reda degan hukuman yang dijatuhkan sebab saya tahu saya memang bersalah," katanya.

Menurut Ameng lagi, dia turut mempersoalkan bagaimana dengan pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman atau sedang menanti hukuman termasuk pesalah yang dijatuhkan hukuman gantung jika undang-undang tersebut dikaji semula. 

Terdahulu, Yasin berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mengundang reaksi pelbagai pihak.

Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding kes dadahnya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis lalu.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: