26 December 2022

LEPAS DIGELAR MAKCIK-MAKCIK, FESYEN PULA KENA KRITIK - NETIZEN MINTA SAIDA & SAERAH RUJUK AINA ABDUL



"Inilah namanya mangsa fesyen, siapa pereka baju ini? Ketinggalan zaman. tudung pun pakai elok-elok sikit." - "Zaman bila pakai bulu burung ini? Cuba ikut gaya Aina Abdul, walaupun pelik tapi nampak moden sikit." - "Penampilan pun main peranan juga dekat persembahan, jangan pakai macam ini tak sesuai."


"Pereka fesyen dia perlu dipecat dengan segera, tukar orang lain yang lebih sesuai," itulah antara komen-komen netizen yang tampil mengkritik fesyen Siti Saerah dan Siti Saida ketika membuat persembahan minggu kedua program Famili Duo, Ahad lalu.

Percuban adik-beradik kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk tampil fesyen lebih terkini itu adalah selepas mendapat kritikan salah seorang juri profesional iaitu Ajai dimana dia menyifatkan gaya mereka seperti makcik-makcik nampaknya tidak menjadi.

Klik untuk gambar besar



Sekali lagi menjadi buah mulut netizen, penampilan pasangan adik-beradik itu disifatkan sebagai mangsa fesyen apabila pakaian digayakan tidak bersesuaian dan ketinggalan zaman. Malah, ada juga yang menyarankan agar Saida dan Saerah menjadi penyanyi Aina Abdul sebagai contoh.

Dalam pada itu, ada pula netizen minta Saida dan Saerah 'memecat' designer yang mereka pakaian mereka kepada orang lain. Difahamkan, busana dipakai dua beradik pada pertandingan minggu kedua Famili Duo itu adalah rekaan Anas Abdullah.

Pada pertandingan minggu kedua itu, Saida, 46, dan Saerah, 39, membawa lagu 'Kejoraku Bersatu' yang turut menampilkan pelakon Wan Maimunah dalam persembahan mereka. Bagaimanapun, persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri sekali gus meletakkan mereka berada di kedudukan terakhir.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: