26 December 2022

RESAH KENANG NASIB MANGSA OMBAK BESAR DI SABAH - ATU & ISTERI MINTA MAAF SELALU MOHON BANTUAN



Semua sedia maklum mengenai pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari dimana pasangan ini antara individu awal yang sibuk memberi bantuan termasuk menggunakan medium media sosial bagi meminta bantuan orang ramai yang ingin turut menyumbang, setiap kali negeri kelahirannya iaitu Sabah di timpa musibah.


Terbaharu, pasangan itu dilihat tidak senang duduk mengenangkan nasib mangsa yang terkesan dengan insiden 100 buah rumah musnah akibat dipukul ombak berikutan air pasang yang melanda kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, Shafeeqa mewakili Atu sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya hantaran meminta bantuan di laman Instagram tidak disenangi oleh segelintir pihak.

Berkongsi hal berkenaan menerusi Instagram miliknya bersama beberapa gambar keadaan rumah musnah dipercayai dipukul ombak air pasang baru-baru ini, Shafeeqa menjelaskan niat dia hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan memandangkan suaminya sendiri pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita di sana. Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama," ujarnya.

Tambah Shafeeqa lagi, memandangkan mereka tidak mampu menghulurkan membantu seorang diri, dia hanya sekadar mahu mencuba nasib sekiranya ada pihak yang ingin sama-sama membantu.

"Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung mahu membantu mereka... mereka tidak meminta, kami yang mahu membantu. Tidak dapat ke laut mencari rezeki dan sememangnya kehidupan mereka susah, hilang lagi tempat berteduh. Saya berseorang tidak mampu bantu semua," katanya lagi.



Dalam perkongsian tersebut, Shafeeqa turut memaklumkan lebih 500 buah rumah lagi turut terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar yang berlaku pada malam Ahad.

"Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2," kongsinya.

Untuk makluman, Shafeeqa juga sebelum ini turut menghulurkan bantuan dengan menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital semasa musim pandemik.













________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: