26 December 2022

ALAMI ALAHAN - SITI SAERAH UMUM HAMIL ANAK KELIMA



"Saya baru dapat tahu hamil minggu lepas. Saya tak dapat kongsikan usia kehamilan ini kerana belum berjumpa doktor. Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan ada kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Tanpa fikir panjang saya pun lakukan ujian kehamilan dan Alhamdulillah keputusannya positif.


"Saya dan suami terima dengan hati terbuka atas rezeki ini. Saya juga sudah mula alami alahan dan berharap kehamilan ini kuat," demikianlah kongsi peserta program realiti Famili Duo, Siti Saerah mengumumkan dirinya hamil anak kelima.

Mengaku pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada awal tahun ini, Siti Saerah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin, 39, berkata, dia masih belum mengetahui usia kehamilannya kerana belum berjumpa doktor.

"Apabila kembali hamil, memang saya risau juga memandangkan usia kandungan masih lagi baru. Malah sebelum ini pun doktor meminta saya untuk betul-betul menjaga selepas dua kali gugur. Saya harap kali ini ada rezekilah," tutur adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Saerah dan suami iaitu Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha. Menerusi perkahwinan pertama, Saerah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.

Sementara itu, menerusi saingan minggu kedua Famili Duo yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, Saerah yang bergandingan bersama kakaknya, Siti Saida menduduki markah terendah dengan 38.2 peratus.

Pasangan adik-beradik yang digelar Siti Sisters itu membawakan lagu 'Kejora Ku Bersatu' yang dipopularkan oleh Search.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: