26 December 2022

"KEBENARAN PASTI AKAN TERBONGKAR JUGA" - PUTERI SARAH TAK KISAH DAKWAAN SYAMSUL KAHWIN DI THAILAND



Nampaknya semakin hangat diperkatakan mengenai desas desus berita perkahwinan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Ira Kazar, selepas pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran terbaru di laman Instagram miliknya baru-baru ini, dimana suaminya itu didakwa sudah berkahwin di Selatan Thailand.


Puteri Sarah ketika ditanya berhubung dakwaan berkenaan itu memilih untuk tidak mengambil tahu sejauh mana kesahihannya kerana katanya, kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

"Walaupun saya sedang bercuti, tapi ramai yang memberikan maklumat kepada saya. Jika sebelum ini mereka (Syamsul dan Ira) dikatakan sudah kahwin, terbaharu sumber lain pula cakap mereka dah kahwin di Thailand.

"Saya tidak kisah sejauh mana kesahihan perkara itu, tapi apa yang pasti kebenaran pasti akan terbongkar juga. Sebab saya percaya, doa orang yang dianiayai ini dimakbulkan Allah SWT.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang ini, biar saya menikmati percutian bersama anak-anak dulu. Balik saja ke tanah air, saya akan uruskan semuanya," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata yang kini bercuti di Jepun itu berkata, dia sesekali tidak terkesan dengan pandangan negatif netizen terhadap dirinya apabila dikatakan mengaibkan suaminya di media sosial.

"Biarlah orang nak cakap dan panggil saya apa sekali pun. Mereka tidak berada di tempat saya. Selama ini saya tanggung seorang diri. Hanya saya dan keluarga tahu segalanya.

"Alhamdulillah, sejak kembali aktif berlakon rezeki tak pernah putus. Saya beli kereta baharu dan bawa anak-anak bercuti pun menggunakan duit titik peluh sendiri," ujarnya.



Sebelum ini, menerusi hantaran itu, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkongsi masih ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.

"Ramai tanya Sarah pasal (berita) ni. Dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ka tiba-tiba tahu kawin di Thailand? Selepas tu tak mengaku?

"Apa pun, nak saman JAWI tu dah betul-betul pasti ka? Jangan terbalik pulak jadinya. Saya tanya saja. Nak sambung makan popcorn. Di Disneyland ni popcorn sedap," tuturnya.



Sementara itu, Puteri Sarah telah meluahkan rasa syukur apabila hajatnya membawa dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah ke Disneyland Jepun akhirnya tercapai setelah lama menyimpan hasrat tersebut.

"Terima kasih Ya Allah. Bucketlist sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah. Duit boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tidak ternilai," katanya.

Perkara tersebut dikongsikan Puteri Sarah menerusi Instagram dimana gambar-gambar yang dimuat naik itu memaparkan dirinya sedang tersenyum lebar bersama anak-anak.

Puteri Sarah yang berangkat ke Jepun untuk menghabiskan cuti hujung tahun sejak 23 Disember lalu itu memberitahu dirinya kini sedang berseronok tanpa memikirkan masalah yang sedang berlaku.



Sejak gosip mengatakan suaminya sudah berkahwin, Puteri Sarah menggesa Syamsul untuk menjelaskan perkara sebenar kepada umum tentang status sebenarnya dengan Ira.

Syamsul bagaimanapun menyangkal perkara itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah malah mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: