26 December 2022

KECAM DIRINYA SAMBUT HARI NATAL, NOURUL DEPP ENGGAN MAAFKAN: "MERANGKAK LAH KAMU NANTI DI SANA MENCARI AKU"



"Merangkak lah kamu nanti di sana mencari aku... Ini antara contoh yang baik rupanya. Yang memburukkan nama mereka ya g baik bertudung dan juga beribadah. Inilah contoh yang menconteng arang ke muka yang lain ya g benar beramal.


"Dengan kata kata "baik" mengecam orang lain. Sesudahnya tahu kita tidak memaafkan, mula lah nak minta ampun. Dah beribu kali dah cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada basic agama. Mengumpat, mengeji itu dilarang. Tapi tetap dibuat.. Itu sebabnya saya tak maafkan.

"Juga untuk menghindarkan semua dari mengata dan mengeji. You can hide behind your screen.. but you cannot run 😈 #marah #keyboardwarriors," itulah tulis penyanyi Nourul Wahab yang enggan memaafkan segelintir netizen yang mengecam serta menabur fitnah susulan dirinya menyambut Hari Krismas bersama ibu bapa mentua.

Nourul memberitahu, dia sudah berulang kali mengingatkan tentang soal mengumpat dan mengeji tetapi masih ada yang melakukan perkara sama membuatkan dia tidak mahu memaafkan mereka yang memfitnahnya.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, penyanyi 'Aku Cinta Aku Rindu' itu turut mendedahkan mesej diterima daripada pengikutnya yang meminta maaf atas kesalahan memberi komen negatif tentang sambutan perayaan berkenaan.

Kata Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 45, dia menerima banyak mesej serupa selepas memberitahu tidak mahu memaafkan individu mengecam dirinya.

"Assalamualaikum Puan Nurul. Saya mohon maaf kerana komen saya yang mungkin mengguris hati Puan. Saya mendoakan semoga Puan Nurul sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu. Aamin," tulis netizen.



Sementara itu, di ruangan komen, Nourul sempat membidas perbuatan yang dilakukan netizen dengan menyifatkan mereka sudah terlanjur kata. Ujar Nourul, sepatutnya mereka perlu berdoa terlebih dahulu dan barulah menegur dengan berhemah.

"Dah terlajak baru nak berdoa hahahaha. Orang doa dulu. Baru DM. Tegur. Ni tak. Mengata dulu berjemaah ahhahahhaah," katanya.

Nourul sebelum ini memuat naik hantaran dirinya menyambut perayaan Hari Natal bersama mentua di kediaman mereka di Bali pada Ahad. Hantaran tersebut menerima komen negatif apabila ramai mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: