26 December 2022

"DIA (WATIE) NI PENYAYANG, PANDAI LAYAN... SABAR BETUL DENGAN BUDAK-BUDAK, SO BENDA TU MAHAL" - SHUIB



"Tak pernah saya keluar berdua, kalau keluar dengan anak-anak, family, mentua saya. Sebelum ini ada anak-anak jumpa dia kenal dia, Alhamdulillah, anak-anak selesa dan happy Sekarang ni saya memang utamakan kesihatan mental anak-anak. Saya faham diorang perlukan seorang wanita, good start.


"Diorang okay, happy. Kita kalau ada benda baik yang datang, apa kata kita raikan sebab wallahualam kita kadang-kadang tak tahu mana satu yang okay mana yang tak okay. Diorang happy itu yang lebih penting," katanya.

"Dia ni penyayang, pandai layan anak-anak, sabar betul dengan budak-budak, so benda tu mahal. Saya perlu cari orang sebegitu untuk menjaga anak-anak saya InsyaAllah," ujar pelawak Shuib Sepahtu.

Klik untuk gambar besar



Shuib yang sebelum ini mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang wanita bernama Watie itu memberitahu, dia tidak pernah keluar berdua dengan usahawan tersebut sebaliknya sentiasa bersama-sama anak-anak ataupun keluarga.

Ditanya bagaimana reaksi anak-anak apabila diberitahu mengenai hubungannya dengan Watie, Shuib berkata anak-anaknya gembira. Dalam masa sama, Shuib mengakui bukan mudah untuk menjaga empat anaknya serta menegaskan dia mementingkan anak-anak dan keluarga terlebih dahulu dalam mencari jodoh. 

Shuib turut mengakui Watie seorang yang penyayang, pandai melayan kerenah anak-anak serta penyabar. Katanya lagi, dia mencari wanita yang mempunyai kriteria seperti itu untuk menjaga anak-anaknya.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: