27 December 2022

"SEJUJURNYA, SAYA BELUM PANDAI MEMBACA AL-QURAN & MASIH BELAJAR" - RADHI OAG



Baru sahaja mengadakan Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi telah membuat pengakuan di hadapan lebih 2,000 penonton.


Dalm pengakuan tersebut, Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 45, dilihat tidak malu mengakui yang dia belum pandai membaca al-Quran dan masih dalam fasa belajar.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga meminta peminat untuk terus mendoakan dirinya agar proses belajar membaca al-Quran dipermudahkan.

"Sejujurnya, saya belum pandai membaca al-Quran dan masih belajar. Semoga Allah memberikan peluang untuk saya pandai membaca al-Quran, doakan saya Insya-Allah," katanya sebelum memulakan konsert yang turut mendapat sokongan ramai.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Radhi secara spontan turut menyebut OAG yang juga singkatan bagi Old Automatic Garbage itu antara lain membawa erti Only Allah Greatest sebagai tanda mengagungkan Yang Maha Esa.

Malah, pelakon utama filem 'Antoofighter' terbitan 2008 itu sentiasa mengajak peminat yang hadir ke konsert berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku menjadi konsert berskala besar yang julung kali diadakan selepas tiga dekad band itu berada dalam arena muzik tempatan. Antara lagu popular dinyanyikan termasuklah '60's TV', 'Knocked Silly', 'Slumber', 'Generasiku', 'Dayang', 'PerMYsury', 'Biru' dan 'Akustatik'.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: