Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang menyertai program 'Famili Duo' bersama sepupunya iaitu penyanyi Wani Kayrie.
Namun baru-baru ini, muncul ura-ura mengatakan bahawa suami kepada Bella, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak 'merestui' penglibatan isterinya itu dalam program tersebut.
Ini berikutan Aliff dikatakan tidak membuat hantaran sokongan terhadap Bella mengenai penyertaan isterinya itu dalam rancangan itu. Malah, kemenangan Bella dan Wani di minggu pertama juga dikhabarkan tiada ucapan 'tahniah' oleh Aliff.
Berikutan itu, lapor xtra, Bella enggan memberi komen penuh mengenai dakwaan itu, sebaliknya berkata dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pertandingan itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak ada jawapan untuk persoalan terbabit. Bukan saya tak nak bagi jawapan terhadap soalan yang diajukan, tapi saya rasa persoalan itu seharusnya diberikan kepada Aliff.
"Sejujurnya saya memang sedang sibuk dan tak nak fikir apa pun. Semenjak Famili Duo bermula, jadual harian saya berubah. Saya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap pertandingan ini bersama Wani dan mahu menonjolkan prestasi terbaik," ujarnya.
Terdahulu, Bella dilihat memberikan sokongan penuh terhadap Aliff ketika program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sehingga suaminya menjuarai pertandingan itu.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment