27 December 2022

RAMAI PERSOAL SAMBUT KRISMAS - MARION CAUNTER JELAS HANYA TRADISI KELUARGA, TAK UBAH PEGANGAN AGAMA



"Setiap kali Krismas, pasti ramai mempersoalkan kenapa saya masih menyambut Krismas. Sebenarnya, saya bukan berniat menyambutnya, sebaliknya saya hanya berkumpul bersama keluarga.


"Mendiang bapa meninggal dunia ketika saya berusia 21 tahun. Sebagai penganut Kristian, sambutan Krismas adalah penting buat bapa. Saya menyambut Krismas selama 30 tahun sebelum saya berkahwin. Bagi saya, kami hanya menghidupkan tradisi, itu sahaja.

"Walau apa yang terjadi, kami akan tetap bersama ketika menyambut Krismas. Memandangkan adik baru melahirkan anak, kami sekeluarga meraikan Krismas bersama di Kuala Lumpur, tahun ini.

"Jujurnya, saya sedih. Ibu berbangsa Cina dan mendiang bapa pula Eurasia. Jadi, saya juga meraikan Tahun Baharu Cina, tetapi ia tidak mengubah pegangan saya sebagai orang Islam.

Klik untuk gambar besar



"Dan saya rasa inilah kecantikan Malaysia, kita perlu menghormati budaya dan tradisi sesebuah bangsa. Dan suami sangat menyokong. Saya juga mahu anak-anak tahu kehidupan sebelum saya berkahwin. Namun, sedihnya anak-anak tidak berpeluang bertemu berjumpa datuk mereka.

"Jadi, apabila bersama keluarga sedikit sebanyak anak-anak tahu kehidupan saya sebelum berkahwin," demikian jelas bekas hos program One in a Million dan Channel [V], Marion Caunter, 42, mengenai sebab kenapa dirinya menyambut Krismas.

Kelmarin, golongan selebriti tidak terkecuali memanfaat masa terluang bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai menyambut Krismas selepas dua tahun berdepan sekatan pandemik C0V1D.



Buat Marion pula, perayaan Krismas memberi pengertian bermakna, biarpun hanya disambut sehari sahaja iaitu pada setiap 25 Disember. Marion mengakui, dia akan meluangkan masa bersama keluarga sempena Krismas, setiap tahun. Bagaimanapun, niat Marion menyambut perayaan terbabit telah dipersoalkan.

Enggan berdiam diri, Marion menegaskan, dirinya menyambut Krismas bukanlah bermaksud mengenepikan pegangan agamanya sebagai seorang Islam, sebaliknya hanya mahu menghidupkan tradisi peninggalan mendiang bapanya.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia juga tidak membawa anaknya ke gereja seperti rutin penganut Kristian lain. Justeru, Marion berkata, dia sedih apabila ada segelintir netizen salah faham niat baiknya yang hanya mahu berkumpul bersama keluarga.



Marion yang memeluk Islam ketika mendirikan rumah tangga dengan usahawan empayar Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, sambutan Krismas bersama mendiang bapanya antara momen tidak boleh dilupakan.

"Pagi Krismas ibu akan memasak sarapan dan kami sekeluarga membuka hadiah bersama. Masa kecil, pemberian dan pembukaan hadiah adalah antara momen sentiasa dinanti-nantikan.

"Saya masih mengingati momen membuka hadiah bersama mendiang bapa sehingga hari ini. Jujurnya, saya merinduinya. Krismas sentiasa berkisarkan mengenai keluarga, begitu juga sambutan Aidilfitri," katanya.

Untuk makluman, Marion mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group itu pada Disember 2010. Selepas 12 tahun bergelar suami isteri, Marion dan SM Nasarudin dikurniakan tiga cahaya mata, Leia, Lana dan Liam.











________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: