27 December 2022

IBU SYAMSUL YUSOF LUAH KESAL: "TEGANYA HATI MANUSIA MELIHAT KELUARGA INI DITINGGALKAN, HANCURNYA HATI"



Menerusi muat naik terbaru di Instagram (IG) Story, ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail telah meluahkan rasa kesal apabila ada manusia tergamak menghancurkan kebahagiaan menantu, pelakon Puteri Sarah Liyana dan cucu-cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.


Dalam hantaran itu, Fatimah telah berkongsi foto memperlihatkan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan anak-anaknya sedang bercuti di Tokyo, Jepun.

"Teganya hati manusia melihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati. Ya Allah engkau berilah kebahagiaan untuk isteri dan anak-anak ini. Amin," tulisnya.

Dalam pada itu, Datin Fatimah tidak putus memberi sokongan dan menitipkan doa buat Puteri Sarah dan cucu-cucunya agar diberikan kekuatan dan kebahagiaan. 

Klik untuk gambar besar



"Ya Allah berikan kekuatan kepada seorang isteri dan anak-anak yang ditinggalkan ini. Semoga mereka menemui kebahagiaan yang abadi," katanya menerusi hantaran yang lain.

Terdahulu, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram pada Isnin memberitahu, meskipun kemelut rumah tangganya masih belum ada jalan keluar namun bersyukur kerana dapat melunaskan hajat membawa anak-anaknya ke Disneyland Jepun.

Puteri Sarah mendedahkan menerima pelbagai mesej peribadi daripada pengikutnya mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira Kazar.



Bagaimanapun, Syamsul tampil menyangkal perkara itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah selain mahu mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta atas dakwaan membocorkan maklumat.

Desas desus berita perkahwinan Syamsul dan Ira bertambah hangat selepas Puteri Sarah memuat naik hantaran dimana suaminya itu didakwa sudah berkahwin di Selatan Thailand.

Puteri Sarah ketika ditanya berhubung dakwaan berkenaan itu memilih untuk tidak mengambil tahu sejauh mana kesahihannya kerana katanya, kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.



________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: