27 December 2022

KURANG BERMAYA - MAK JAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL AKIBAT PARAS DIABETES YANG TINGGI



Akibat paras diabetes yang tinggi, pelakon Maimunah Ahmad, 73, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah telah dimasukkan ke Hospital Ampang Khamis lalu.


Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion berkata, Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibunya yang kurang bermaya.

"Selepas menerima rawatan keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun. Bagaimanapun dia masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik," jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Tukiman bersama Amran Nasarudin (Timbalan Presiden PKAVM), Norlidyawati Shabullah (AJK) dan Chef Yang Jamil (SU) sempat meluangkan masa melawat Mak Jah semalam. Kata Tukiman, dia memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.

"Alhamdulillah ...dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral. Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya.

"Semoga dia cepat sembuh. Dia ahli yang aktif dan sering terbabit dengan program anjuran kami. Saya beritahu ahli agar mohon Allah sembuhkan Mak Jah. Itu adalah semangat sebagai menghormati senior seperti dia.

"Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM. Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan," katanya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: