"Selama ini saya hanya bergantung dengan duit bulanan daripada PZS dan JKM serta duit royalti daripada MACP yang diagihkan setiap tahun. Bagaimana saya nak teruskan hidup dengan duit bantuan sebanyak RM900 sebulan selepas ini.
"Sekarang ini harga barang semua sudah naik. Saya juga perlu uruskan pembayaran bil air dan elektrik rumah. Mujurlah rumah yang didiami sekarang ini adalah rumah pusaka arwah ibu mentua saya. Jadi tak perlulah saya nak fikir untuk bayar rumah sewa setiap bulan.
"Sebelum ini duit royalti yang saya terima, saya akan gunakan untuk kos rawatan di hospital saya dan isteri serta tujuan pengangkutan. Kalau tiada duit selepas ini saya hanya mampu berserah kepada Allah."
Demikian ujar anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali yang mendedahkan bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan rawatan pada masa mendatang.
Justeru itu, Sazali merayu agar bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang bakal tamat tempoh tahun depan diteruskan untuk tempoh beberapa tahun lagi.
Menurut Sazali lagi, sekiranya mempunyai anak, sudah tentu dia tidak perlu bergantung dengan wang royalti bapanya, namun keadaan yang berlaku membuatkan dia terpaksa merayu kepada pihak bertanggungjawab untuk mempertimbangkan kontrak wang royalti bapanya.
Klik untuk gambar besar
"Kalau saya ada anak, sekurang-kurangnya mereka boleh tolong saya. Tak kisahlah gaji mereka berapa pun pasti mereka akan beri duit bulanan kepada kami. Sekarang ini nak minta tolong orang luar pun, saya tak sampai hati sebab ramai yang sedang menderita akibat tekanan hidup.
"Saya nak pinjam duit pun, tak mungkin peminjam itu yakin nak beri duit kepada saya kerana bimbang saya tak mampu membayarnya. Jadi sebagai waris P Ramlee, saya harap perkara ini diberi perhatian. Kalau anda hormat P Ramlee sebagai seorang Seniman, pasti kasihan terhadap anaknya," katanya.
Sebelum ini, Sazali meluahkan isi hatinya yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan.
Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk persatuan hiburan dan artis memohon kerajaan mempertimbangkan supaya tempoh perlindungan hak cipta dinaikkan kepada 70 tahun berbanding 50 tahun ketika ini atau waris boleh menerima royalti selama-lamanya.
MACP pula bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu berkenaan bersama kerajaan.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment