27 December 2022

KENA BAHAN BILA TUNJUK KAD SUDAH JADI WARGANEGARA INDONESIA - BABY SHIMA HANYA BERGURAU, OFFER NETIZEN KERJA CUCI JAMBAN



"Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan," itulah kata penyanyi Baby Shima sambil menunjukkan kad pengenalan (KTP - Kartu Tanda Penduduk) Indonesia ketika membuat kemunculan menerusi program Pagi Pagi Ambyar di saluran Trans TV di Indonesia baru-baru ini.


Shima menunjukkan kad KTP tersebut selepas hos program berkenaan bertanya sama ada dia mahu menjadi rakyat negara itu sambil memberitahu dia kini memang sudah menjadi warganegara Indonesia.

Tindakan Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, mendedahkan mempunyai kad pengenalan berkenaan telah membuatkannya sekali lagi menjadi bahan netizen.

Susulan pengakuannya itu, sedutan rakaman tersebut tular di media sosial dan ramai memberitahu mereka gembira dengan perkhabaran terbaharu itu dan tidak kisah sekiranya benar Shima sudah bergelar rakyat Indonesia.

Klik untuk gambar besar



"Ambil terus (Shima) dan tolong tinggal di sana sahaja. Eloklah, kami dah lama tak nak dia. Jujurkan lebih baik." - "Kerakyatan boleh ada satu sahaja, kan? Macam mana dia boleh ada KTP sana?," antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, tinjauan terhadap video penuh temu bual itu di YouTube mendapati Shima sebenarnya hanya bergurau tentang perkara tersebut, sebaliknya KTP yang dimaksudkan adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dibuatnya sendiri.

Berhubung hal itu, Shima memberitahu dia pernah terfikir untuk berhijrah ke negara berkenaan memandangkan masyarakat Malaysia tidak menyukai dia.

"Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia... tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak? Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah," ujarnya.

Sementara itu, di Instastory miliknya, penyanyi lagu 'Roadblock Hatiku' ini turut menjawab soalan pengikut yang ingin tahu bagaimana dia boleh tahan menerima makian netizen setiap hari.

Menjawab dengan nada sarkastik, Shima menganggap golongan itu sebagai tidak mempunyai pekerjaan kerana sering bercakap buruk tentang dia. Malah, dia turut menawarkan pekerjaan mencuci jamban kepada golongan tersebut agar tidak membuang masa mengutuk orang lain.

"Korang kena faham, si pemaki tu seorang penganggur sebab tu dia selalu ada dan maki orang. Orang menganggur kan selalu marah-marah. Kesian. Nak kerja dengan Shima tak? Cuci jamban," tulisnya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: