"Kita dah tegur nak terima atau tidak, terpulang. Neraka sentiasa menerima manusia yang jahil. Semoga tabah di antara kamu yang baca komen ini jika tempat kamu di neraka. Kalau kita jauh dari ajaran Islam, neraka lah tempat kita.
"Jadi neraka lah tempat untuk orang seperti itu. Neraka!," komen seorang individu yang tampil menegur tindakan pelakon Wawa Zainal memuat naik video anak perempuannya yang membawa watak Wednesday Addams sambil menari di laman sosial sebelum ini, selain memberitahu neraka sentiasa menerima manusia yang jahil.
Komen individu tersebut telah membuatkan isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu bengang apabila bercakap soal syurga dan neraka. Wawa berkata, dia terkilan apabila pihak berkenaan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum selain peminat yang menyokongnya akan masuk ke neraka kelak.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian di Instastory, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, menganggap komen diberikan individu berkenaan seolah-olah dirinya sahaja yang layak masuk ke syurga.
"Pulak dah. Ya lah kau seorang je ahli syurga. Takut lah dengan netizen sekarang. Siap tentukan syurga ke neraka," tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.
________ IKLAN ________
PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.
Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment