27 December 2022

BERSYUKUR RUMAH TANGGA KEKAL HARMONI MESKIPUN DILANDA CABARAN - LISDAWATI HADAP SIKAP BARAN SUAMI



"Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat 'panas' (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya.


"Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah. Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih 'cool'. Sikit-sikit biasalah.

"Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang. Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima.

"Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp. Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan.

Klik untuk gambar besar



"Sampai sekarang kami amalkan cara begitu. Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan," tutur pelakon Lisdawati yang meluahkan rasa syukur perkahwinannya sepanjang 15 tahun bersama pelakon Fauzi Nawawi itu masih kekal harmoni meskipun berdepan cabaran.

Kongsi Lisdawati, lapan tahun pertama kesabarannya teruji apabila perlu bersabar dengan sikap panas baran suaminya, namun kini Fauzi lebih tenang. Tambahnya lagi, serta mengakui setiap lima tahun perkahwinan ada bacarannya.

Dalam pada itu, Lisdawati yang mengakui setiap lima tahun perkahwinan ada cabarannya itu berkata jika berlaku salah faham dia memilih untuk berkomunikasi melalui mesej berbanding bersemuka kerana bimbang jika berlaku pertelingkahan serta bertikam lidah.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: