27 December 2022

CHE TA RASA SEDIH LIHAT ORANG MELAYU 'ACAH' JADI ORANG PUTIH SAMBUT KRISMAS



"Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam! Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..," tulis pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menerusi Instagram (IG) Story miliknya.


Setiap tahun apabila tibanya Hari Natal atau Krismas, pasti akan menjadi bualan ramai mengenai isu warga Muslim yang meraikan sambutan perayaan tersebut.

Perkara itu turut mendapat perhatian Che Ta yang meluahkan rasa sedih melihat orang Melayu yang 'acah' mahu menjadi orang putih menyambut Hari Krismas.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Che Ta turut terkilan melihat ada individu beragama Islam yang bermain-main dengan anjing, selain mendoakan agar diberikan hidayah kepada mereka.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila penyanyi Nourul Depp disalah anggap oleh netizen yang mempersoalkannya meraikan sambutan Krismas seperti yang dikongsikan di media sosialnya.

Bagaimanapun, Nourul tampil menjelaskan dia dan keluarga sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah memandangkan kedua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: