08 December 2022

TOM RUPANYA KEKASIH LAMA, CINTA KEMBALI BERTAUT SELEPAS GV9 - FUAD RANCANG BERNIKAH



"Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.


"Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya.

"Sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tidak berhubung lagi.

"Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baharu, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza.

Klik untuk gambar besar



"Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah.

"Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.

"Insya-Allah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan Insya-Allah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin.

"Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik," itulah jelas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman, 43, yang mengaku kembali menjalin hubungan cinta dengan Tom, 36, yang juga peserta GV9. 



Selepas 12 tahun berpisah, kata Fuad, cintanya berputik kembali kepada bekas kekasihnya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan meluahkan perasaannya pada Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dua minggu lalu.

Dalam masa sama, Fuad juga mendedahkan Tom adalah bekas kekasihnya pada 2005 namun terpaksa berpisah disebabkan dia menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Tambah Fuad, dia mahu menebus kesilapannya sebelum ini kerana meninggalkan penyanyi itu dan akan menjaga perhubungan mereka serta merancang untuk berkahwin.

Sementara itu, Tom memberitahu, perasaan sayang terhadap penyanyi asal Singapura itu masih mendalam membuatkan dia terbuka hati menerima Fuad selepas empat tahun hidup bersendirian.

Tom turut berharap kehadiran semula Fuad dalam hidupnya dapat memberi semangat kepadanya memulakan kehidupan baharu selepas diduga dengan pelbagai cabaran sebelum ini.

"Kita semua tahu kisah dia pernah keluar masuk penjara akibat dadah. Dia juga baru sahaja bercerai. Jadi saya tak mahu dia hilang semangat. Semoga kehadiran saya dapat memberi sedikit sokongan," ujarnya.

Dalam pada itu, Tom memaklumkan, dia sudah membawa anak-anak berjumpa dengan Fuad dan bakal bertemu keluarga Fuad di Singapura tidak lama lagi.

"Kami sama-sama single, tak salah untuk bercinta. Soal kahwin itu tunggu sahaja. Just follow the flow," tuturnya yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwian tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata.


________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: