06 January 2023

BARU TAHU SYAMSUL YUSOF KAHWIN DUA - BAPA LUAH KESAL & IBU TAK RESTU



"Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.


"Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih. Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik.

"Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah. Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri."

"Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah. Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?

Klik untuk gambar besar



"Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda (pernikahan) pun sudah berlaku.

"Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat. Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami," tuturnya.

"Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini. Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit getir itu.

"Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik. Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil.

"Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah," demikian ujar pelakon dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam yang mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai pernikahan Syamsul Yusof dengan isteri keduanya, Ira Kazar dan hanya mengetahui selepas dimaklumkan seorang rakan, selain menonton hantaran video dimuat naik anaknya itu.

Sementara itu, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya itu sebelum semuanya tular di media sosial.

"Syamsul, jangan jadi munafik! Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin.

"Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita. Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu," katanya.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: