28 January 2023

BERJAYA KHATAM AL-QURAN DI WAD SEBELUM LAHIRKAN ANAK KETIGA - MIA AHMAD LUAH RASA SYUKUR: "FINALLY USTAZ, SELEPAS 34 TAHUN HIDUP..."



"Anyway ustaz saya nak inform saya dah khatam, saya khatam di dalam wad hari nak bersalin tu. Syukur ustaz… saya bawa Al-Quran. Alhamdulillah dapat khatam kat sana.


"Finally ustaz selepas 34 tahun hidup Alhamdulillah, Ramadan kali ni fight lagi. Lepas ni nak betulkan bacaan ya ustaz. Insyallah ustaz.

"Terima kasih banyak-banyak bantu saya, celikkan ramai yang masih buta Quran," itulah kata pelakon Mia Ahmad yang melahirkan rasa syukur apabila dia berjaya khatam Al-Quran sewaktu berada di wad sebelum melahirkan anak ketiganya pada minggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Berita gembira tersebut dikongsikan Mia menerusi perkongsian paparan skrin mesej perbualannya dengan ustaz yang banyak membantunya dalam mengaji.

Dalam masa sama, isteri kepada bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi turut berkongsi cerita dimana dia banyak memberi alasan untuk 'ponteng' mengaji ketika zaman kecil.

"Dulu masa kecil selalu ponteng mengaji. Dah umur macam ini baru nak khatam. Boleh baca tapi banyak excuse. Lepas ni harapnya tak ada la excuse lagi.

"Terima Kasih guruku. Semoga Allah merahmati dan melipat kali ganda usaha ustaz sebab mengajarkan Al-Quran. Ustaz sabar dan ajar sampai saya dan suami lancar membaca," kongsinya.

Sebelum ini, suami Mia berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan anak ketiga yang merupakan bayi perempuan pada 17 Januari lalu.

Untuk makluman, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: