28 January 2023

SHILA AMZAH AKUI KEPUTUSAN 'MENINGGALKAN' PERKAHWINAN ADALAH TERBAIK



"Satu perkara perlu diingatkan, perkahwinan hanya suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Ibu bapa atau rakan baik pun mungkin tidak mengetahuinya.


"Saya tidak berpihak kepada sesiapa, tetapi segala komen yang dilemparkan membuatkan saya rasa sangat sedih. Sebabnya, mereka tidak tahu apa yang terjadi. Saya pula jenis yang sangat berterus-terang. Namun, dalam masa yang sama tetap risau kesan pada anak.

"Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita," ujar penyanyi Shila Amzah yang mengakui keputusannya 'meninggalkan' perkahwinan bersama bekas suami, Haris Idraki adalah pilihan terbaik dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar



Jelas Shila, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama. Ini kerana kata Shila, dia yakin kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya.

"Saya tidak meletakkan Seth sebagai keutamaan. Sebab saya pasti masih berada dalam perkahwinan sekiranya meletakkannya keutamaan.

"Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya terlebih dahulu sebelum membahagiakan anak. Saya tidak mahu serabut, balik dari kerja rasa tidak bermaya..," ujarnya yang sudah hampir setahun bercerai.

Dalam pada itu, pelantun lagu 'Jauh Hati' itu sempat menitipkan pesanan kepada ibu dan bapa tunggal untuk membuat keputusan membahagiakan diri.

"Wanita boleh membuat keputusan sendiri, tidak kisah sama ada ada pasangan atau tidak. Sebagai wanita, kita perlu mampu menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.

"Kepada ibu atau bapa tunggal, jangan malu serta takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, teruskan," tuturnya.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: