28 January 2023

PELAWAK CHOT KAHWIN KAKAK PENYANYI, BEKAS ISTERI PESAN JANGAN LUPA ANAK: "TEAM IRA KAZAR... SEMOGA BAHAGIA ATAS AIR MATA ORANG"



"Allah bersama kite Ayash.. kene kuat tau. Akhirnye persoalan orang sudah terjawab... cukup berapa lama saya pendam... Hanya Allah yang mengetahui segala2 nya... Tiada tanda tanya lagi.. persoalan dah terjawab.


"Dulu bahagia, sekarang tak. Jodoh ku, Ayash bersama dedi tiada disebabkan team Ira Kazar. Beribu ribu tahniah HAZMEER & ZURINA BADRON.. Semoga bahagia di atas air mata orang lain... Perasaan anak langsung tak hiraukan.

"Ada anak instant, jangan lupa jenguk anak bin sendiri.. Lepas ni Nafkah anak jangan lupe pulak," demikianlah tulis bekas isteri kepada Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot XOXO iaitu Siti Zafirul Azzah.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram, Azzah atau lebih mesra disapa Jaja mendedahkan pelawak itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada penyanyi terkenal, baru-baru ini.

Dalam hantaran itu juga, Jaja turut memberi bayangan perkahwinan mereka itu berakhir gara-gara orang ketiga. Difahamkan Chot mendirikan rumah tangga dengan Zurina yang berstatus janda anak tiga itu pada 23 Januari lalu.

Pada masa sama, Jaja sempat menitipkan pesanan agar bekas suaminya itu tidak mengabaikan nafkah buat anak mereka.



Pihak media cuba mendapatkan penjelasan Chot, namun pelawak itu meminta ruang untuk menyelesaikan beberapa isu keluarga terlebih dahulu.

Untuk makluman, Chot dan Jaja mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Muhammad Sher Harraz telah meninggal dunia diusia sebulan pada 8 Oktober 2018 kerana menghidap penyakit injap jantung terbalik.

Meskipun diuji, Chot dan Jaja telah dikurniakan anak kedua iaitu Ahmed Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, pasangan ini akhirnya bercerai pada 15 Mac tahun lalu.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: