28 January 2023

NENEK MENINGGAL DUNIA - SHILA AMZAH MASIH INGAT GURAUAN TERAKHIR MINTA JUMPA KEKASIH



Menerusi perongsian di laman Instagram, penyanyi Shila Amzah telah berkongsi berita duka dimana dia telah kehilangan nenek tercinta iaitu Senah Md Som, 86, pada malam Jumaat.


Menurut Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, banyak kenangan manis bersama arwah yang tak mungkin dilupakan. Malah, kali terakhir mereka bertemu, Shila berkata arwah sempat bergurau bertanyakan kepadanya tentang kekasih.

"Wan saya, nenek saya adalah yang paling baik, dia mempunyai jiwa yang paling murni. Kali terakhir kami berbual dia sempat bergurau bertanyakan bila nak bawa balik kekasih... "kalau dah suka kahwin sahajalah buat apa buang masa, bawa balik jumpa Wan".

Klik untuk gambar besar



"Saya telah kehilangan nenek saya hari ini, tetapi saya tetap akan menghargai semua kenangan kami bersama. Wan orang (panggilan diri Shila) akan rindu wan, orang sayang Wan. Sunyi nak masak raya tahun ni, sambal Kentang wan, sambal kacang," tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi 'Patah Seribu' ini juga memohon orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Saya mohon sama-sama kita sedekahkkan al-Fatihah buat wan. Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman," ujarnya.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: