Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon Cat Farish dimana dia didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu.
Jelas Cat, ketika itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga dia melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak tiga kali serta mengakui mempunyai tabiat cakap berulang kali.
Terbaru, memetik laporan Xtra, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli menyatakan dia dan isteri telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
"Kami pilih untuk bawa haluan masing-masing," tulis Cat yang seakan mengesahkan bahawa dia dan isteriny itu sudah bercerai.
Klik untuk gambar besar
Perkara itu diberitahu oleh Cat menerusi ruangan komen menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai status perkahwinannya. Bagaimanapun, Cat tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai perpisahan tersebut.
Sebelum ini, Suriani mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.
Perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu, namun tiada kenyataan daripada Cat mahupun Suriani mengenai status hubungan mereka.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment