29 January 2023

DITEGUR BALIK UMRAH TAMPIL SEKSI: "MASA PERGI TUTUP SEMUA" - INI RESPON INTAN: "BERJANGGUT, BERNIQAB TAK SEMESTINYA DIJANJIKAN SYURGA"



Pada 3 Januari lalu, pelakon Intan Najuwa telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga. Menerusi hantaran di Insta Story, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa gementar setiap kali mengerjakan ibadah umrah.


Bukan itu sahaja, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid meminta orang ramai untu mendoakan agar ibadah umrah mereka dipermudahkan.

"Ya Allah, nervous nya. Setiap kali nak kesana, dia punya nervous tak tahu nak cakap macam mana," tulisnya.

Terkini, pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' itu telah berkongsi foto dirinya sedang bercuti di Dubai. Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram, Intan dilihat mengenakan gaun berwarna mustard berlatar belakangkan kawasan padang pasir.



Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah gaun yang digayakan oleh pelakon berkenaan dimana bahagian perutnya terdedah sekaligus mengundang pelbagai reaksi orang ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari Tanah Suci.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memita Intan untuk menjaga pemakaiannya lebih-lebih lagi apabila dia baru sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan Intan agar diberikan petunjuk dan hidayah agar terus kekal menutup aurat bukan hanya di Tanah Suci sahaja.



Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Intan mengakui yang dia sudah lali dengan kecaman netizen serta meminta agar tidak membuta tuli menghakimi dirinya berdasarkan penampilannya.

Dalam satu petikan yang dikongsikan, mengatakan bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga. Menurut petikan itu lagi, orang ramai sepatutnya mengharapkan seseorang agar berubah menjadi orang yang lebih baik.

"Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka. Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).



"Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah. Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.

"Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.

"Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah," katanya.




________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: