29 January 2023

MUAT NAIK VIDEO PARODI MAS IDAYU - ERUL PELIK ADA ARTIS 'PANAS' MENONTONNYA: "SAYA TIDAK SEBUT NAMA DIA... VIDEO ITU HANYALAH SEKADAR HIBURAN"



"Dia seorang artis yang terkenal, kenapa perlu masuk komen di Instagram saya? Saya tidak pun sebut nama dia. Malah video yang saya buat itu hanyalah sekadar hiburan.


"Selepas dia komen mulalah ramai yang beri kritikan... banyak komen toksik. Pada awalnya saya biarkan sahaja, tetapi apabila terlalu banyak saya padam komen tersebut kerana tidak mahu ada unsur negatif di laman sosial.

"Tak cukup dengan itu ada pula yang menyerang peribadi dengan menghantar mesej kepada saya," demikianlah kata penyanyi Erul Samah yang terkejut apabila video parodi aksi Mas Idayu menjurikan Sissy Imann dalam program Famili Duo dihasilkan olehnya itu menerima kecaman.

Tindakan Erul atau nama sebenar Khairul Najmuddin Abu Samah, 32, itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak termasuklah salah seorang peserta rancangan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Kata Erul, dia terkejut apabila video dihasilkan olehnya itu menerima kecaman selepas seorang peserta meninggalkan komen sedangkan pada awalnya ramai yang terhibur.

Erul yang terkenal dengan gelaran Raja Komen sebelum ini menghasilkan video parodi aksi Mas Idayu memberi komen pedas kepada Sissy Iman dan pasangan sepupunya, Naim Daniel selepas mereka menyampaikan lagu berjudul 'Jampi' dalam versi keroncong pada minggu keenam Famili Duo.

Ada yang berpendapat tindakan Erul itu mengeruhkan lagi keadaan kerana sebagai seorang selebriti dia tidak sepatutnya menghasilkan video parodi berkenaan.



Sementara itu, Erul meminta penyanyi wanita berkenaan fokus kepada pertandingan tersebut kerana video parodi itu tiada kaitan dengan dirinya.

"Kalau ada yang katakan kami bergaduh, lihatlah siapa yang mulakan dulu. Walau pun status yang dia muat naik tidak sebut nama, saya tahu ia berkaitan dengan video yang telah saya kongsikan.

"Dia sedang bertanding dalam program tersebut, lebih baik fokus sahaja dengan tugasan yang diberikan. Video tersebut tiada kaitan dengan dia!" ujarnya.



Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan ini, tindakan dia menghasilkan video tersebut adalah untuk meredakan ketegangan memandang isu Mas Idayu dan Sissy Imann ini sedang hangat diperkatakan.

"Isu Mas Idayu itu hangat diperkatakan dan hari-hari kita baca berita yang serius. Jadi saya anggap video tersebut boleh menghiburkan dan redakan sedikit suasana yang sedang berlaku.

"Selama ini orang tahu saya akan sentiasa beri komen positif. Bagi saya 'Raja Komen hati tak mahu panas'. Jadi saya akan terus buat content untuk hiburkan orang. Bukannya saya buat video lucah atau menari seksi menjual diri," jelasnya.

Sebelum ini, komen pedas Mas Idayu kepada Sissy semasa menjurikan program Famili Duo menjadi bualan hangat netizen dan mendapat respon pelbagai pihak.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: