29 January 2023

"ALHAMDULILLAH" - NAD ZAINAL KINI SAH ISTERI UNGKU ISMAIL, TERIMA MAS KAHWIN RM1,000



Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad, pelakon Nad Zainal telah mengesahkan dia kini sudah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz.


Dalam hantaran tersebut, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33, memuat naik foto pernikahannya dengan Ungku Ismail, 37, termasuk gambar mas kahwin yang tertera sebanyak RM1,000, berserta kapsyen ringkas iaitu "Alhamdulillah".

Berita pernikahan pasangan selebriti itu mula tular apabila mereka memuat naik video teaser majlis terbabit yang didakwa berlangsung, minggu lalu di lokasi yang dirahsiakan di laman Instagram masing-masing.

Melihat pada video yang berdurasi 10 saat itu, ia memperlihatkan mereka berpegangan tangan masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Pasangan itu secara ringkas hanya meletakkan kapsyen emoji berbentuk cinta selain meletakkan tarikh 23 Januari 2023 dipercayai tarikh mereka melangsungkan pernikahan.

Sementara itu, pereka fesyen Seth & Luna juga berkongsi video persiapan Nad dan Ungku Ismail sebelum diijab kabul yang memberitahu mereka telah diberikan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahan pasangan berkenaan.

Seth & Luna berkata, mereka antara individu yang memegang rahsia kedua mempelai sebelum Nad dan Ungku Ismail memaklumkan berita gembira ini secara umum kepada peminat.

"Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapi... sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.



"Bermula sebagai clientele Seth & Luna dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat.

"Bermula dari brand yang tidak begitu dikenali beliau sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke adibusana perayaan.

"Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapai… sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.



"Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru @nad.zainal & @ungkuismailaziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah. Kami sayang mu tau bestie," tuturnya.

Untuk makluman, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Bagaimanapun, awal September tahun lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan penceraian.

Sebelum ini, Ungku pernah mengakui Nad adalah wanita paling rapat dengannya. Ketika Nad dimasukkan hospital akibat jangkitan paru-paru pada 20 November tahun lalu, Ungku banyak berkongsi perkembangan mengenai pelakon itu kepada peminat.






________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: