29 January 2023

MASYA MASYITAH DILABEL 'PENGOTOR' DEK BERSELERA TELAN SOTONG & UDANG HIDUP: "MAKANAN LAUT MENTAH TERDEDAH DENGAN PARASIT"



"Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai," itulah kata penyanyi Masya Masyitah menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya dimana pada awalnya, dia sendiri merasakan menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup itu seakan-akan mustahil untuk ditelan namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.


Tindakan berani Masya mencuba beberapa hidangan mentah ketika bercuti di Bangkok, Thailand itu telah diselar netizen yang menganggap dia kurang faham tentang pemahaman tentang hukum agama.

Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, menerima kecaman itu apabila dilihat berselera menikmati juadah sedemikian tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di negara berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video tersebut, Masya dilihat menikmati sotong dan udang yang masih bergerak di dalam bekas makanannya dengan penuh berselera. Malah dia juga turut mengangguk-angguk sebagai tanda hidangan tersebut sesuai dengan cita rasanya.

Sehubungan itu, rata-rata wanganet menegur tindakan Masya yang seolah-olah tiada ihsan terhadap haiwan yang masih hidup. Mereka juga berharap agar perbuatan Masya tidak menjadi ikutan kerana tidak elok dipandang di sisi agama.



"Dakwat sotong itu najis! Boleh kata pengotor juga, orang nak makan semua benda siap siang cuci. Bukan main telan terus hidup-hidup." - "Macam tak berperikemanusiaan makan binatang yang masih hidup, siksa binatang itu dengan lada lepas itu makan zalim!

"Sebagai orang Islam hukumnya makruh! sebab dah hilang sifat ihsan terhadap haiwan. Makanan laut mentah sangat terdedah dengan parasit," antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran nasib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.
















________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: