29 January 2023

ISU PERKAHWINAN BAHARU DENGAN KAKAK SYURA BADRON, ZURIDA - CHOT XOXO ENGGAN ULAS LANJUT, PERLU SEDIKIT RUANG



"Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu," demikian kata pelawak, Chot XOXO yang enggan memberi memberi komen lanjut berhubung isu membabitkan perkahwinan baharunya itu.


Menerusi Media Hiburan, Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan yang kini bergelar suami kepada Zurina Badron yang juga kakak kepada penyanyi Syura Badron, memerlukan sedikit ruang bagi mengulas hal tersebut.

Sebelum ini, bekas isterinya Chot iaitu Siti Zafirul Azzah atau turut dikenali sebagai Jaja, memuat naik hantaran di laman Instagram dengan mendakwa orang ketiga telah membuat kekacauan dalam rumah tangga mereka.

Jaja yang juga peserta program nyanyian Getaran Jiwa 2022 itu mengingatkan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab kepada anak mereka.

Klik untuk gambar besar



"Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan. Ada anak 'instant', jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula," ujarnya.

Perkongsian tersebut sekaligus menjadi perhatian warganet yang turut memberikan pelbagai reaksi.

Untuk makluman, Chot dan Jaja mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Muhammad Sher Harraz telah meninggal dunia diusia sebulan pada 8 Oktober 2018 kerana menghidap penyakit injap jantung terbalik.

Meskipun diuji, Chot dan Jaja telah dikurniakan anak kedua iaitu Ahmed Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, pasangan ini akhirnya bercerai pada 15 Mac tahun lalu.




________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: