20 January 2023

HUBUNGAN DENGAN DINI SCHATZMANN JADI TANDA TANYA - JANNA NICK AKUI MASIH BERKAWAN RAPAT, TIADA PERASAAN BENCI



"Saya masih berkawan dengan dia, tak ada perasaan benci, tak ada perasaan rasa tak nak tengok. Masih profesional," itulah kata pelakon Janna Nick yang mengakui bahawa dia masih berkawan baik dengan Dini Schatzmann selepas mereka dikatakan telah menamatkan hubungan percintaan.


Dalam pada itu, pengacara rancangan Famili Duo itu memaklumkan mereka berdua masih mempunyai tuntutan kerja yang memerlukan mereka untuk berjumpa dan bekerjasama.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dalam masa sama turut berkata, dia kini hanya mahu fokus dengan kerjaya seni.

"Kalau ada benda baik untuk dikongsikan saya akan kongsi. Untuk sekarang saya nak all out dengan kerja. Kalau cakap pasal kisah cinta saya akan lebih berhati-hati selepas ini, sebab itu yang terbaik saya rasakan," ujar pelakon berusia 28 tahun itu.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, penyanyi lagu 'Mentari Setia' itu menjelaskan, lagu ciptaannya bersama Ippo Hafiz itu menjadi luahan isi hati bagi menjawab spekulasi hubungan dirinya dengan Dini.

Sementara itu, status hubungan istimewa Janna dan Dini sehingga kini masih menjadi teka-teki. Ini kerana menerusi hantaran terbaharu Janna di laman Instagram, Dini dilihat masih meninggalkan komen kepada pelakon itu yang mengalami kecederaan di lutut.

"Saya kecederaan. Nasib luka di lutut tak seteruk sakit luka di hati," tulis Janna.



Perkongsian Janna itu mendapat reaksi beberapa pengikut apabila melihat Dini turut meninggalkan komen meminta Janna agar berhati-hati.

"Tolong berada dalam keadaan selamat," tutur Dini.

Komen 'manja' yang ditinggalkan Dini menarik perhatian ramai apabila ada pengikut yang ingin memulakan penyiasatan terhadap status pasangan ini. Tidak kurang juga ada yang mendakwa pasangan ini masih belum berpisah.



"Jangan bagi saya jadi penyiasat lagi. Putus atau tidak ni." - "Mulakan siasatan," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Desas-desus mengenai keretakan hubungan Janna dan Dini mula hangat diperkatakan apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status sedih seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

Namun, spekulasi kisah putus cinta mereka dikatakan hanya gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon, Alvin Chong.

Untuk makluman, Janna dan Dini memulakan hubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama 'Bukan Cinta Aku'.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: