07 January 2023

SHUIB UCAP TAHNIAH KEPADA SYAMSUL YUSOF - NETIZEN TAK PUAS HATI, MAHU BOIKOT



Kisah perkahwinan kedua antara pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama wanita pilihan, Ira Kazar, mendapat perhatian dan sehingga kini masih hangat diperkatakan.


Ada dikalangan netizen yang meluahkan rasa sedih terhadap isteri pertama Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana, malah ada juga beberapa selebriti yang tampil mengucapkan tahniah.

Apa yang menjadi tumpuan adalah komen pelawak dan usahawan Shuib yang meluahkan rasa syukur di atas perkahwinan Syamsul dan Ira. Dalam hantaran video penjelasan yang dimuat naik pengarah itu semalam, Shuib menulis "Alhamdulillah tahniah Syamsul" di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar



Antara rakan artis lain yang meninggalkan komen serupa adalah pengarah Haji Zil dan juga Lando Zawawi. Namun begitu, doa selamat yang dititipkan Shuib itu nampaknya tidak dapat diterima segelintir netizen yang merasakan waktu itu tidak sesuai kerana ada yang terkesan akibat perbuatan Syamsul itu.

Kata netizen, lebih baik boikot saja Shuib dari industri hiburan kerana seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dialami Puteri Sarah dan keluarga Syamsul Yusof.




________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: