07 January 2023

BILA SUAMI BUAT HAL LAGI BERKEPIT DENGAN HEROIN DRAMA DIKALA ISTERI SIBUK BERTANDING



Nama seorang artis popular berstatus suami orang dan bapa kepada dua anak hangat diperkatakan selepas dikhabarkan mengulangi semula perangai lama baru-baru ini.


Memetik portal Boom, artis yang juga pelakon dan penyanyi tersebut pernah mencetuskan kontroversi namun menyesali kekhilafan yang dilakukan berkali-kali dan mengubah sikap.

Malah, artis terbabit juga pernah menyertai golongan alim ulama untuk mendalami ilmu agama dan ramai menyenangi perubahan sikapnya itu.

Namun, dalam kesibukannya menjalani penggambaran drama di negeri pantai timur, artis itu dikatakan telah mengambil kesempatan bercengkerama dengan pasangan heroin dalam drama dibintanginya itu.

Tindakan si suami itu sekaligus membuatkan isterinya yang juga seorang penyanyi hilang fokus terhadap program yang disertainya.

Apa pun, diharap artis tersebut diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkuan keluarga serta menghargai peluang yang diberikan oleh isteri.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: