07 January 2023

"KAU MEMANG DAH LAMA KAHWIN DI SIAM... MASA TU ANAK KAU MASUK WAD, TENGAH SAKIT..." - DEDAH RAKAN PUTERI SARAH



Rata-rata kaum wanita bersimpati dengan pelakon Puteri Sarah Liyana selepas suaminya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof mengaku bahawa baru sahaja bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Ini kerana Puteri Sarah sekian lama menanti mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya.


Terkini, seorang wanita yang difahamkan rakan baik Puteri Sarah pula tampil membongkar cerita sebenar apa yang berlaku dengan rumah tangga pasangan itu.

Menurut rakannya yang menggunakan nama Mea Sukri di IG memberitahu, Syamsul sebenarnya sudah lama bernikah di Siam iaitu ketika anak-anaknya jatuh sakit dan Puteri Sarah sibuk menjalani penggambaran. Malah, Mea Sukri juga mendedahkan Syamsul gantung rakannya tidak bertali sehingga sekian lama.

"Kau (Syamsul) memang dah lama kahwin di Siam. Masa tu anak kau masuk wad, tengah sakit. Isteri kau tengah kerja, hancur luluh hati dia masa tu kau tau tak? Akhirnya mengaku pun kau dah kahwin bini baru tapi kenapa tak bagitahu semya orang kau dah gantung Sarah tak bertali selama bertahun tahun?.

"Baru hari ini kau suruh Sarah yang balik? Bukan ke kau yang keluar rumah, tinggalkan isteri dan anak-anak? Baru harini kau nak ajak berbincang? Bangga kau ye jadi lelaki pertama war warkan berita macam ni di media sosial tanpa jumpa isteri dan keluarga. Nampak sangat kau narsis dan ego yang extreme!

Klik untuk gambar besar

"Kalau boleh tak nak masuk campur urusan orang. Tapi percayalah masih ramai lagi yang sedang berjuang mendapatkan hak mereka sebagai seorang isteri. Kisah mereka menjadi asbab untuk kita semua ambil iktibar.

Kepada para suami tidak kisah lah nak kahwin berapa pun tapi tanggungjawab mesti dilaksanakan.Yang bertepuk tangan di atas kesengsaraan orang lain aku doakan kau dan keturunan kau pupus demi masa depan generasi akan datang," dedahnya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga yang ketika itu nama Ira Kazar menjadi sebutan.

Untuk makluman, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul dan Summayah.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: