08 January 2023

"DIA TAK TERFIKIR NAK GANGGU... TAPI SUDAH TERLANJUR SALING MENCINTAI" - AYU PUTEH KATA IRA KAZAR PERNAH MINTA SYAMSUL PULANG



"Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.


"Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.

"Ira ada minta agar Syamsul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa," demikian kata penerbit, Datuk Ayu Puteh mengenai Ira Kazar.

Sebagai kenalan, Ayu mengakui, dia tahu mengenai hubungan cinta antara Ira Kazar dan Syamsul Yusof ketika isu tersebut menjadi bahan gosip ramai selain pernah menasihatkan wanita berusia 25 tahun itu untuk tidak meneruskannya.

Klik untuk gambar besar



"Mahu melepaskan hubungan itu dan biarlah dia kembali kepada isteri, anak-anak dan keluarga," itu antara pengakuan yang pernah dibuat oleh Ira Kazar kepada Ayu mengenai status hubungannya dengan pengarah dan pelakon itu sebelum ini.

Selain itu, jelas Ayu yang merupakan penerbit Pencil Pictures And Pictures, Ira merupakan seorang yang baik, namun dalam isu berkawan dengan suami orang ketika itu, dia tidak dapat mengulas lanjut. Tambahnya lagi, Ira juga pernah memaklumkan padanya alasan terpaksa mengunci mulut tentang kontroversi yang melanda.

Ayu bagaimanapun berkata, pendedahan yang dibuat mengenai Ira bukan bermaksud dia menyokong tindakan wanita tersebut. Ini kerana katanya, banyak pihak yang hatinya harus dijaga terutama bapa Syamsul iaitu penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam yang cukup dihormatinya.



"Ira beritahu, dia tutup mulut bukan sebab takut atau mengalah. Tetapi logiknya kerana dia pun 'duduk' di tempat itu. Walau macam mana jujur pun dia tetap akan kena. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel penyondol suami orang.

"Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi... Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia.

"Saya tak boleh komen banyak sebab mungkin ada perkara yang kita semua tak tahu. Saya menghormati keluarga Datuk Yusof, malah begitu juga Puteri Sarah. Sebagai wanita, saya faham kekecewaan yang dirasakannya.

"Tetapi apa pun, keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya, lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia buat. Dia tentunya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul sayangkan Sarah.

"Namun, perkara dah terjadi, kerosakan dah berlaku, aib pun sudah terbuka. Pun begitu, tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Mesti ada sebab mengapa Syamsul pilih Ira dan masing-masing kena bertanggungjawab," ujar Ayu.

Sebelum ini, Syamsul menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG) itu tampil meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran, Kazar Saisi.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: